Friday, 16 December 2011

Kata Seru

1.       Kata seru adalah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, 
     hairan, sindiran, sedih, takut, terperanjat, hiba, dan sebagainya.
2.       Cara penggunaannya disesuaikan dengan intonasi pengucapan iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3.       Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
4.       Contoh kata seru, penggunaannya, serta ayat contoh adalah seperti yang berikut.

Kata Seru
Penggunaannya
Ayat Contoh
aduh
untuk menyatakan perasaan sakit dan kagum
1. Aduh, sakitnya tanganku!
2. Aduh, besarnya rumahmu!
aduhai
untuk menyatakan perasaan sedih
Aduhai, malang sungguh nasibku!
ah
untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu
1. Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah!
2. Ah, alasan itu tidak dapat kuterima!
amboi/wah
untuk menyatakan perasaan hairan atau kagum
1. Amboi, mahal betul kereta itu!
2. Wah, berani betul budak itu!
cis/cih
untuk menyatakan perasaan marah dan benci
1. Cis, berani dia menentangku!
2. Cih, mereka tidak kenal siapa aku !
eh
untuk menyatakan perasaan hairan atau terkejut
1. Eh, kamu sudah sampai!
2. Eh, tadi dia ads di sini!
hai
untuk menegur seseorang atau menarik perhatian
1. Hai, diamlah sikit!
2. Hai, sudah lama kits tidak bertemu!

Contoh lain kata seru dan ayat

Kata Seru
maksud
Contoh ayat
wahai
menyatakan perasaan sayang atau merayu
Wahai adik ku sayang !
amboi
menunjukkan perasaan kagum
Amboi, tingginya bangunan KLCC ini !
hai

Hai, ke mana kamu menghilang selama ini !
nah

Nah, terimalah habuanmu !
aduh
perasaan sakit
Aduh, sakitnya tanganku ini !
wah
perasaan hairan
Wan, cantiknya merak ini !
ceh

Ceh, usah membantah kata-kataku ini !
bedebah
marah
Bedebah, berani engkau berkata begitu kepadaku !
cis
marah atau jijik
Cis, awak rupanya yang menjadi batu api !
oh
terkejut hairan, gembira atau mengharap
Oh, itu rupanya rumah kamu !
Oh, Tuhan, ampunilah dosa-dosaku !
eh
hairan
Eh, bila ia terjadi !
syabas
gembira, puas, memuji atau ucap tahniah
Syabas, awak berjaya juga akhirnya !
alahai
menghina
Alahai, itu pun awak tak boleh buat !
alamak
terkejut
Alamak, sudah pukul 8.00 pagi !
ha
hairan
Ha, budak itu yang menang !
Ya-Allah
terkejut
Ya-Allah, apa akan berlaku nanti !
Masya- Allah
hairan atau marah
Masya-Allah, sanggup dia melakukan perbuatan biadap itu !

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Salmah Binti Mohamed Nayan
Marie - Please Teacher! 4