Friday 16 December 2011

Kata Nama

Perkataan NAMA terbahagi kepada dua bahagian yang besar iaitu NAMA BETUL dan GANTI NAMA dan satu lagi dipanggil NAMA TERBITAN.
a) Kata Nama Am ( Betul atau Biasa )
b) Kata Nama Khas
c) Kata Ganti Nama
d) Kata Nama Terbitan
e) Kata Bilangan


Nama Betul


1. Nama betul dibahagi kepada dua jenis iaitu Nama Am dan Nama Khas.


Kata Nama Am


1. Kata Nama Am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa  

    seperti orang, haiwan, dan sesutu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat,

    benda, dan sebagainya.


2. Dengan kata lain perkataan Nama Am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

  

Kata Nama Am
Contoh
manusia , orang
ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar
binatang
ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan
tumbuh- tumbuhan
pokok, betik, rumput, lalang
benda
pasir, kayak, radio, rumah, motorkar, pen, buku
tempat
pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri

3. Kata nama am dapat dibahagikan kepada kata nama yang:
    (a) konkrit, iaitu nama sesuatu yang dapat dipegang, atau dapat dirasa, atau dapat dilihat
    (b) abstrak, iaitu nama sesuatu yang hanya dapat dibayangkan atau dikhayalkan.

4. Kata nama am konkrit dan abstrak boleh terdiri daripada kata asal dan kata nama terbitan.

5. Berikut adalah beberapa contoh kata nama terbitan:
    (a) buai - buaian
    (b) tua - ketua
    (c) raja - kerajaan
    (d) tahu - pengetahuan

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.

Contoh:

Contoh
Kedudukan Kata Nama Am
Dia sedang menjinakkan seekor gajah.
Pada akhir ayat
Gajah itu berbadan besar.
Pada awal ayat

Kata Nama Khas

1. Kata nama khas ialah kata nama yang secara khususnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa dan yang tidak bernyawa.

2. Benda-benda yang bernyawa ialah nama manusia dan nama binatang.
Benda-benda yang tidak bernyawa ialah nama tempat, judul buku, nama bangunan, dan sebagainya.

3. Perkataan Nama Khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas.
    a)    benda; misalnya : Seri Aman, Volvo, Parker 45, Hikayat Hang Tuah, dll
    b)    orang; misalnya : Cik Rafidah, Inspektor Azman, Dr. Long dll
    c)     binatang ; misalnya : Blacky, Pak Belang, Sang Kancil,dll
    d)    tempat ; misalnya : Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur dll
   Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

Perkara
Contoh
manusia
 
Zaidi, Mei Fong,
Subramaniam
binatang
 
Tompok (kucing),
Jalak (ayam)
tempat
 
Seremban (bandar),
Jepun (negara)
Muar (daerah),
bangunan
 
Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), 
Menara Tun Razak (pejabat)
judul buku
 
Keluarga (majalah),
Rentong (novel),
Kamus Dewan ( buku)
benda
 
Proton Perdana
(kereta), Pilot
(pen), Seiko (jam)

Kata Nama Terbitan


Kata nama Terbitan wujud apabila kata nama am diberi imbuhan.


Imbuhan yang membentuk kata nama terbitan boleh diletakkan :
          di awal kata ( awalan )
          di akhir kata ( akhiran )
          di awal dan di akhir kata ( apitan )

Sila teliti contoh-contoh imbuhan  :

Kedudukan
Contoh
di awal kata
pe- , pem-, pen-, peng-, penge-, per-, dan ke-
di akhir kata
-ita, -man, -wati, -an, dan -wan
di awal dan di akhir kata
per- -an, penge- -an, peng- -an, pen- -an, pem- -an, pe- -an, dan ke- -an

Kata dasar yang diberi imbuhan untuk dijadikan kata nama terbitan terdiri daripada beberapa kelas iaitu :

Kelas Kata
Kata Dasar
Kata Terbitan
Kata Kerja
Peraga
Latih
Lawan
bawa
Peragawati
Pelatih
Perlawanan
pembawaan
Kata Nama
Oleh
Untuk
Perolehan
Peruntukan
Kata Nama
Lombong
Rumah
guru
Perlombongan
Perumahan
perguruan
Kata Adjektif
Cantik
Besar
tinggi
Kecantikan
pembesar
ketinggian

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Salmah Binti Mohamed Nayan
Marie - Please Teacher! 4