Friday 16 December 2011

Kata Penguat

1.     Kata Penguat ialah perkataan yang digunakan untuk menguatkan maksud kata adjektif.
2.     Kata penguat boleh hadir sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

Paling
Agak
Sungguh
Amat
Terlalu
Nian
Benar
Paling

3.     Kata penguat seperti agak, pling, dan terlalu diletakkan sebelum kata adjektif.
4.     Kata penguat seperti sekali, benar, dan nian diletakkan selepas kata adjektif.
5.     Kata penguat seperti sangat, amat, dan sungguh bleh diletakkan sama ada sebelum atau selepas kata adjektif.

Contoh

1.     Murid yang paling pintar di sekolah ialah Latipah.
2.     Pemandangan di tepi pantai itu sungguh indah.
3.     Suhu di kawasan kutup amat sejuk.
4.     Kereta api itu sangat laju.
5.     Kereta itu laju sangat.

Kata Penegas
Kata penegas ialah kata yang digunakan untuk memberikan penekanan atau menegaskan bahagian-bahagian yang tertentu dalam ayat.

Contoh

-kah
-lah
-tah
jua
Juga
Sahaja
Hanya
Memang
Lagi
pun



Contoh

1.     Itulah rumah saya.
2.     Pernahkah awak makan sup daging arnab.
3.     Apatah dayaku untuk menolongnya.
4.     Kucing itu dibawa juga ke rumah neneknya.
5.     Hanya Kamal yang belum membayar yuran.
6.     Dia seorang sahaja yang berbaju Melayu.

Kata Nafi
1.     Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan sesuatu pernyataan.
2.     Terdapat dua kata nafi, iaitu bukan dan tidak.
3.     Kata nafi bukan digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.

Contoh
a)     Lelaki yang berbaju merah itu bukan ayah saya.
b)     Baju ini bukan untuk Suzi, tetapi untuk adik saya.

4.     Kata nafi tidak digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.

Contoh
a)     Melepak di pusat membeli-belah tidak memberikan sebarang faedah.
b)     Sungai di belakang rumah saya tidak dalam sangat.

5.     Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika ayat itu tidak setara.

Contoh
a)     Budak itu bukan pandai sangat tetapi dia rajin belajar.
b)     Anjing itu bukan garang tetapi suka bermanja.

No comments:

Post a Comment

Hak Cipta Salmah Binti Mohamed Nayan
Marie - Please Teacher! 4